Friday, December 23, 2011

Cuci GiGi di Hospital Kuala Kangsar



Aku Bangun awal pagi ini..seawal jam 5.30 pagi dan terus melayari internet, ermm xtaw nak uat ape jadi aku pun layan jer ape yg best sebelum tunggu Azan Subuh berkumandang. Rasanya dalam cuti sebulan, inile 1st time aku bangun awal..maklumlah appointment cuci gigi aku kan pukul 8.00 pagi. Habis solat subuh aku pun bersarapan pagi bersama2 ibu dan ayah.Hidangan nasi lemak hasil air tangan mak aku ni mmg menyelerakan.Aku bergegas ke Hospital dan Alhamdulillah tepat betul2 pukul 8.00am aku sampai kat kaunter tu. 7001! no giliran aku dipanggil. apalagi masuk le dalam tu mulanya rasa mcm gentar je nak masuk tp oleh kerana kejantanan aku ni sgt hebat jd aku gagahkan diri je..mula2 dia bagi satu air masuk ke dalam mulut.kemidia dia bagi satu tiub yg berangin sikit diminta aku pegang. Operasi bermula nyeeeetttt alahai nyilu nyew...rasanya ada jugak beberapa kali air mata aku berlinang(bukan sb nanges okay) tp x taw le maybe tahan nyilu kowt haha...nasib baik koe cun melecun nurse..operasi pemutihan gigi dijalankan lebih kurang setengah jam dan aku diminta kumur..haha banyak gak kuning2 tu rasa geli geliman pun ade. Aku yang berhati mulia ini mengucapkan terima kasih pada nurse tu dan pulang sambil tersenyum menampakkan gigi sepanjang jalan..sekian

Aktiviti Harian Di hari rabu 21.12.11


jam menunjukkan pukul 12 tgh hari. Aku baru selesai mensettlekan bayaran umah sewa bersama2 syafik dan adamhamidi. Seterusnya, kami berborak2 di kedai mamak dan aku dan adam terus ke hospital.Hospital? siapa yang sakit? haha x da sape lah sb sebenarnya aku nak buat appointment untk cuci gigi aku yang agak kurang bersih ni. Tibanya di sana, setelah beberapa minit menunggu, aku pun dipanggil masuk ke dalam tempat cek gigi. Doktor gigi tu cakap tak boleh terus cuci dan dia kena cek dulu.yelah mana taw kan takut2 nanti ada lak bakteria berbahaya kat dalam gigi aku ni hehe..Alhamdulillah, setelah cek oleh nurse yg cun melecun tu,Akhirnya dia cakap gigi aku ada 2 batang jer yang prob tupun bahagian dalam..Aku diberi appointment untuk cuci gigi pada hari jumaat.Aku terus start motor dan dalam kepala yang berat ini memikirkan betapa nyilunya kena cuci gigi nanti...tunguuu ^_^

Monday, December 12, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar








Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar telah diadakan pada bulan 10 yang lalu. Kali ini majlis ini diadakan pada waktu malam. Pelabagai aktiviti2 dijalankan pada malam tersebut antaranya persembahan koir oleh pemenang koir peringkat mara dengan lagu nya "Bumi Bertuah"(search youtube kalau nak dgr lagu ni)...Seterusnya persembahan koir2 mendendangkan beberapa buah lagu dan paling layann bila diorang bawak lagu "Hindustan" haha kiut giler..Dan akhirnya persembahan Nasyid...

Apa yang aku nak komen majlis kali ini lebih teratur dari majlis yang lepas.Makanan pun "Just Nice" dan paling penting sem ni aku dapat anugerah Emas hehe Alhamdulillah.Diharapkan aku akan dapat naik lagi ke Pentas Anugerah ini bagi majlis2 yang akan datang..Mudah Mudahan..Amin

Perjalanan Untuk Tahun 2011 berakhir!






fuhhh!! lega rasanya bila berada di kampung ni, tambah2 sekarang ni plak musim buah, ada jugak sekali sekala tolong mak dan ayah petik rambutan..Suasana di kampung amat berbeza di kediaman sewa aku di kajang sana, sekali lagi aku menarik nafas lega setelah selesai bertarung untuk final exam yg lepas..maklumlah semester ni subjek nye ajak tough di mana aku 'WAJIB" belajar MANAGERIAL AKAUN dan FINANCIAL AKAUN..susah wooo!! takpe usaha itukan tangga kejayaan..

Dahlah taknak membebel lebih2 sb tujuan asal aku update blog ni sb nak gtau aktiviti2 sepanjang tahun..eh! sepanjang semester.*ringkasan saja okay...Semester ni aku sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti2 kampus.yerlah aku dah tak da kawan2 yg boleh berseronok sgt sekali sekala tak macam sebelum ni jadi nilah masa untuk menonjol.^_^..

Aktiviti2 aku sepanjang semester :

1.Pertandingan Pantun 4 penjuru Peringkat MARA (suku akhir)
2.Pemilihan akhir Boling Peringkat Kolej
3.Final sem projek Keselamatan dan Kesihatan
4.Exco akademik DBS associates
5.Xcident(lol)

haha yang no 5 tu rasanya kalau rajin baru nak citer maklumlah pengalaman pahit...nak kenang balik pun buat serabut otak je..Pertandingan pantun 4 penjuru adalah pertandingan pertama aku dalam arena berpantun ini.sebelum ni hanya mengikut perkembangan pantun dari jauh..ni dia pantun pengenalan aku:

KPM BERANANG PASTIKAN JAYA
MARWAN MUSTAFA HAMBA GERANGAN
DUA PUTERI SEORANG PUTERA
ARENA BERPANTUN KITA JAYAKAN

inilah dia pantun pengenalan untuk aku...untuk 2 pemantun yg lain aku x ingat kata aluan pantun dia haha sorry..semua ni atas bimbingan Encik Norhisyamputra.."terima kasih encik syam"...

Hari keselamatan dan kesihatan kami menjemput pasukan bomba dari seremban untuk demonstrasi bomba, medical chechkup untuk org luar dan paling menarik aku dan beberapa org rakan aku jadi instruktor untuk senamrobik..menjadi jugak senam robik aku bila aku bawakan tarian robot dan ular kekeke....

DBS associates pulak aku dan Anis Syafiqah telah menjayakan program "Tutor Tutee" dimana Tutor yg dipilih dari kalangan pelajar2(akademik melibihi 3.5 yg terpilih) telah mengajar sekelompok pelajar yg bermasalah dalam subjek2 tertentu..Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar..cuma kami berdua agak bermasalah dgn proposal..

Lastly pemilihan bowling untuk kolej..kumpulan aku iaitu "Malaikat maut" disertai oleh Syafiq,Ghaffir dan Farid telah mengutip point yg agak tinggi seterusnya berjaya melayakkan kami mendapat tempat kedua...Tahniah diucapkan kepada Farid(baju merah) kerana telah berjaya mewakili kolej.

Ermm apa lagi eik nak citer erk..mesti pembaca2 blog tengah menongkat dagu takpun ternanti2 bila nak habis blog ni hahaha..ok2 salam akhir tahun dan segala kesalahan sepanjang mengenali aku harap dimaafkan...Ahlan wa sahlan