Tuesday, December 30, 2008

bercuti di kelantan

hari ni aku baru ajer balik dari negeri cek mek molek......sebenarnya dah alam aku tak pergi ke sana.tak silap aku dah dekat 10 tahun huhuhu.Tujuan aku dan family g Kelntan sebab nak antar abang aku yang no 3 tue ke latihan penerbangan..yelah bakal pilot katakan.pada mulanya kami ingin menginap di bharu hotel tp ada masalah sikit dengan pekerje tue terus kami menginap dekat Hotel Politan...Hotel dia selesa tambahan pula bayaran yang berpatutan..hari seterusnya aku n family menyewa hatel zaman sejahtera..hotel ni ala2 umah gak...xnampak macam hotel pun...sepanjang di kelantan semapat gak pegi Pasar khadijah,rantau panjang dan pantai......apepun harap pasni ada ler peluang ag nak g sana....

Monday, December 15, 2008

BALIK KAMPUNG

AKU dah prepare dari semalam barang2 nak bawak balik kampung.nasib baik family aku datang ambik barang2 aku dekat umah sewa tue...kureng sikit bebannya..sebenarnya aku mals giler nak naik motor balik kuala kangsar cox rasa lama jerk nak sampai.TApi macam student lain lah rindu nak jumpa parent dan kampung sendiri.Release tensyen katakan.Bila sampai jerk kat KG aku terus jumpa parent aku dan main pingpong dan badminton denagn adik dan abangku yang bakal menjadi PILOT tahun depan.HMM dahlah, aku nak tido nie penat...:-)

Exam Dah Habis

HAri nie 15/12/2008 adalah tarikh keramat bagi aku kerana penyiksaan selama 3 minggu untuk study dah habis......paper pengurusan pengkalan data agak sukar cox melibatkan pengiraan...nasib baik ler aku dapat uat ...sebelum nie pun paper komunikasi data dan keusahawanan pun memang pening cox aku kena ambik masa sebulan study benda alah nie jerk..tapi masa final rasa mudah plak hehehe.Aku harap sem ni leyh dapat atas 3.6 untuk backup pointer aku sebelum nie iaitu 3.4.LastLY aku nak menjerit MERDEKA!!!!

Tuesday, December 9, 2008

SANTAI

Koleksi cerita lucu 1
Hilang Duit


Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"




Tingkap Pecah

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, "Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut."

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, "Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…"

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, "Bukankah anda ayahnya?"

Lelaki itu pun berkata, "Apa, bukankah anda ibunya?"

Anjing Pintar

Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: "Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan."

Perempuan 2: "Ya, aku tahu tu."

Perempuan 1: (hairan) "Dari mana kau tahu?"

Perempuan 2: "Anjing aku yang cerita."

DIPETIK DARIPADA GELIHATI.BLOGSPOT


4:48 PM 0 Comments(Add Comment) |0 Kudos Edit Remove



Friday, May 09, 2008

Lelaki Sejati


Lelaki Sejati
Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ?

Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca..

Beristirehat di Pantai Bersih Penang




Setelah kelas tamat,aku bercadang untuk pergi berjalan-jalan dengan sahabat aku EMI ...Kami bercadang untuk beristirehat di Pantai Bersih kerana Pantai Bersih adalah satu-satunya tempat untuk menghilangkan masalah-masalah samada masalah pelajaran atau masalah-masalah yang lain.



Kami bertolak ke pantai bersih dan tiba pada pukul 4.00 petang.Perjalanan ke Pantai Bersih ini mengmbil masa kira-kira 20 minit daripada tempat tinggal kami..Pemandangan di Pantai Bersih benar-benar memukau hati aku…yeler,siapa yang tak terpesona melihat keindahan pantai,kemudahan-kemudahan yang lengkap dan alunan ombak yang memukau.Daripada Pantai Bersih,aku dapat melihat pemandangan di sebelah pulau seperti Bukit Bendera,Bandar Georgetown dan Batu Feringghi.Kami berjalan-jalan di sepanjang pantai sambil menikmati makanan ringan yang dibeli di koperasi Politeknik selepas tamat kelas tadi.




Hari pun dah makin senja.Kami berkemas untuk bertolak pulang setelah puas menikmati pemandangan di Pantai bersih…..Lega hati aku berada di Pantai Bersih ini.Aku sampai di rumah kira-kira pukul 7.00 petang dan terus menjamah makanan malam yang dibeli daripada Pantai bersih tadi..

Result Politeknik (sem 1)

Syukur Alhamdulillah Result Politeknik aku dalam keadaan yang BAik....Untuk semester 1 aku berjaya mendapat ANUGERAH SENARAI KETUA JABATAN atau DEKAN.......
SUBJEK
Kos aku ni berkaitan dengan IT dan sedikit sebanyak menyelitkan subjek Busines....Semasa Semester 1 pelajaran adalah seimbang iaitu separuh IT dan Separuh Busines
SENARAI SUBJEK
KAEDAH KUANTITATIF-Subjek ni sama tahap susahnyer dengan MAtematik Tambahan...X heran lah syarat kemasuka ke kos ni kena Mtematik power....
PERAKAUNAN-Subjek ni agak susah bagi aku pasal aku memang x pernah belajar akaun sebelum ni...Kuiz pertama dan kedua terok tp lepas tuu aku skor 100 jer setiap kuiz hehehhe
PROGRAMMING-Subjek yang betul2 KILLER...memang pening pale otak nak hfal kod2 programing...nasib abik Pensyrah SEMPOI..
PENGKOMPUTERAN-Subjek ni memang best sebab banyak belajar pasal komputer seperti Memformat komputer,pemasangan komputer,mengenali sistem komputer...Pensyarah EN.AZUAN is da best lah katakan
APLIKASI KOMPUTER-Subjek ni belajar macam kita ambik kursus komputer jerk...belajar software gituuu
Tassawwuf-Ustaz memang best tapi kena banyak membaca lah..pening pale
Kokurikulum(Polibrged)-Jadi askar ler pulak heheheheh
English For Purpose-Belajar BI macam waktu SPM dulu....
RESULT
Saat yang dinanti2 kan waktu result kuar...aku banyak call member...ramai yang dapat result sederhana bagus.....Hanya beberapa owg jerk member aku yang dapat GEMPAK....Bila aku check Terkejut besar aku bile tengok result aku yang memang di luar jangkaan...syukur ler aku dapat pointer yang boleh dibanggakan..ini dia senarai result aku

Kaedah Kuantitatif- A+ 4.oo
perakaunan- A- 3.67
Pengkomputeran-A- 3.67
Aplikasi Komputer-A+ 4.oo
Programming-A- 3.67
English-B 3.33
Tasawwuf-B 3.33
Polibriged-A- 3.67
Result-3.60


Seronok gak bile dapat tengok keputusan yang camni sampai member2 pun x caya.cume frust sikit bile agama dapat B jer.Tapi aku tetap bersyukur dengan ape yang aku peroleh.amin